Keterangan Teresa Kok dalam Perbicaraan Kes Saman Malu Terhadap Utusan Malaysia di Mahkamah Pada 26 September 2013 Diputar-belitkan Oleh Blogger Yang Berniat Jahat

YB Teresa Kok menyaman penyunting Utusan Malaysia, Zaini Hasan dan Utusan Malaysia atas artikel Zaini Hasan yang bertajuk “Azan, Jawi, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya” yang disiarkan pada 10 September 2008, 2 hari sebelum Teresa Kok ditahan di bawah ISA pada 12 September 2008.

Kes Teresa Kok didengar oleh Mahkamah pada 26 September 2013. Beliau disoal oleh peguam Utusan Malaysia, Mohana Kumar pada sesi pagi dan juga satu setengah jam pada waktu petang pada hari itu.

Dalam sesi pertanyaan peguam Utusan Malaysia, Teresa Kok ditanya soalan samada beliau setuju Malaysia ialah Negara Islam. Teresa Kok mengadu kepada Hakim bahawa adalah susah bagi dia untuk jawab soalan peguam ini kerana jawapannya subjektif dan bergantung kepada persepsi individu. Hakim kemudian minta YB Teresa Kok jawab soalan ini dan beliau pun menjawab bahawa Malaysia bukannya Negara Islam. Peguam Utusan Malaysia kemudian tanya samada ini adalah pendirian DAP, Teresa Kok kata, “Ya.”

Pada waktu petang, bila Teresa Kok ditanya oleh peguamnya Sankara Nair berkenaan dengan projek ladang penternakan Babi yang pernah diheboh-hebohkan oleh Utusan Malaysia pada tahun 2008. Teresa Kok pun memberitahu Mahkamah bahawa Kerajaan Negeri Selangor di bahawa BN dan Khir Toyo pernah memberi kelulusan ladang penternakan babi di Mukim Batu, Kuala Langat. Keputusan tersebut dibuat dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dengan dokumen Kertas EXCO-MTES No : 9/2/2008. Mesyuarat juga mengambil keputusan untuk menimbang dan meluluskan pengambilan tanah seluas 337.09 ekar di Mukim Batu, Kuala Langat untuk tujuan Modern Pig Farming di bawah Seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Balik Tanah 1960.

Teresa Kok juga memberitahu Yang Arif Hakim Puan Siti Khatijah Badjenid bahawa tujuan kerajaan Negeri Selangor untuk membincangkan dasar yang diluluskan oleh kerajaan Negeri Selangor BN tersebut adalah demi penjagaan alam sekitar dan demi mencegahkan pencemaran yang diakibatkan oleh ladang penternakan babi individu di Sepang.

Beliau juga menegaskan bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid pernah mengeluarkan kenyataan bahawa projek ladang penternakan babi diluluskan oleh kerajaan BN Selangor sebelum Pakatan Rakyat mengambil-alihnya, tetapi kenyataan MB Selangor tidak disiarkan oleh Utusan Malaysia.

Saya menyaksikan keseluruhan perbicaraan tersebut merasa hairan bagaimana hujah Teresa Kok di dalam Mahkamah tersebut dipesongkan oleh blogger politik yang berniat jahat. Beberapa penulis blog yang berniat jahat berkenaan menuduh Teresa Kok menolak Islam sebagai agama rasmi Malaysia, di samping menuduh Teresa Kok anti-Melayu. 

Blogger berkenaan sengaja mengubah versi jawapan dan keterangan Teresa Kok dalam kes saman malu Teresa Kok terhadap Utusan.

Beberapa wartawan juga turut hadir mendengar perbicaraan kes saman malu Teresa Kok terhadap Utusan Malaysia. 

Teresa Kok tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang menafikan agama Islam sebagai agama Persekutuan sepanjang keterangannya di Mahkamah. Sekiranya beliau pernah berkata sedemikian, ia tentu akan dilaporkan dalam media oleh wartawan yang hadir dalam perbicaraan mahkamah.

Jelasnya penulis blog berkenaan mempunyai niat jahat untuk memutar-belitkan keterangan Teresa Kok demi tujuan politik semasa perbicaraan tersebut.

Sila rujuk blog ini: http://malayrights.blogspot.co.nz/2013/06/yb-teresa-kok-dap-tidak-setuju-islam.html

Posted on July 2, 2013, in Happenings, In news, Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Comments are closed.

%d bloggers like this: