Abused complainant meets officers from the “Tatatertib” Department of Bukit Aman

3 April 2012 – Had a press conference at the Police headquarters Bukit Aman before meeting the officers from the “Tatatertib” department. Joining me was the complainant Ms.Lim Hui Hui, her lawyer Mr. Tan and my service center personnel. The meeting with the Tatatertib department lasted for 2 hours with the complainant re-enacting her ordeal at the police station to the investigation officer. Datuk Hashim Bin Abdul Jalil the Ketua Unit Urusetia Tatatertib has given his word that he will undertake this case and he will forward this case directly to the IGP once the report is completed.

Below is the news coverage of the press conference published in Malaysiakini.

Dakwaan cabul: Aduan tatatertib polis dibuat

Malaysiakini 3rd April 2012 – Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok hari ini membuat aduan kepada bahagian tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman berhubung dakwaan seorang ibu kepada empat orang anak dikasari dan mengalami gangguan seksual ketika disoalsiasat polis Sri Petaling pada pagi 24 Mac lalu.

Beliau yang hadir bersama mangsa yang merupakan ahli perniagaan Lim Hui Hui, peguam Eric Tan dan beberapa pembantu wakil rakyat itu kelihatan memasuki ibu pejabat polis itu kira-kira jam 9.55 pagi ini.

Bercakap kepada media sebelum membuat aduan tersebut, Teresa berkata apa yang dilalui Lim adalah “satu pembulian” terhadapnya.”Sepatutnya polis mesra rakyat. Tidak sepatutnya perkara itu berlaku dalam balai polis,” katanya.Lim sebelum ini dilaporkan membuat laporan polis kerana mendakwa dikasari dan mengalami gangguan seksual ketika disoalsiasat di Balai Polis Sri Petaling pada pagi 24 Mac lalu.Lim mendakwa anggota polis wanita yang bertugas di balai berkenaan memintanya kencing dalam botol untuk ujian air kencing, tetapi tanggannya digari ke belakang.
Dakwa payudara dipicit polisTambahnya, apabila beliau membangkitkan perkara itu, payudaranya dipicit dan beliau diberitahu ia mesti tetap dibuat.

Selepas pertemuan dengan mangsa dan pembantu ahli parlimen itu sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Aida Abdul Hamid dilapor berkata pihaknya akan menyiasat aduan yang dibuat oleh Lim.

Dalam sidang media selepas aduan itu dibuat, peguam Lim berkata pengadu telah memberi keterangan serta butir-butir terperinci berhubung insiden yang menimpanya pada hari tersebut.Katanya, aduan itu dibuat bagi membolehkan polis menyiasat dan mengambil tindakan tatatertib anggota polis yang didakwa melakukan kesalahan terhadap anak guamnya.

“Apa yang telah dilakukan (terhadap mangsa) akan disiasat,” katanya selepas lebih dua jam menemani anak guamnya memberikan keterangan.

Eric berkata pegawai bahagian tatatertib ASP Karishna Sharma memberitahunya, aduan pengadu akan dikendalikan oleh Timbalan Ketua Urusetia Bahagian Tatatertib Datuk Hashim Abdul Jalil.

Lim yang ditemui juga menyatakan keyakinan bahawa polis akan menyiasat aduan mereka.

[Berita penuh menyusul]

From left: Mr. Eric Tan (lawyer of the complainant), YB Teresa Kok (MP for Seputeh) and Ms Lim Hui Hui (complainant)
From left: Mr Eric Tan (lawyer of the complainant), Mr. Peter Seen (DAP Seputeh), Ms Lim Hui Hui (complainant) and YB Teresa Kok (MP for Seputeh)

Posted on April 3, 2012, in In news, P122, Press Statement. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Comments are closed.

%d bloggers like this: