PROGRAM JOM CARI KERJA

Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dengan kerjasama SSIC Berhad dan Persatuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) Cawangan Selangor akan menganjurkan Program Jom Cari Kerja pada, tempat dan masa seperti berikut:

Tarikh: 23 Julai 2011 (Sabtu)

Tempat: Pusat Khidmat JKP Zon 10, Jalan Puchong Batu 9 (Jalan Merak), Bandar Puchong Jaya, Puchong.

Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
Objektif program ini dijalankan adalah:
1. Membantu mengurangkan masalah kekurangan tenaga kerja dalam sektor perkilangan dan perdagangan yang berada dalam kawasan MPSJ;
2. Memberi peluang pekerjaan kepada golongan penganggur terutama penduduk di kawasan Subang Jaya, Puchong dan Serdang;
3. Mengurangkan masalah kebergantungan kepada tenaga kerja warga asing.
Program Jom Cari Kerja ini terbuka kepada semua warga tempatan khususnya yang tinggal dibawah pentadbiran MPSJ  berusia 18 tahun ke atas serta memberi peluang kepada mereka bertemu secara terus dengan bakal majikan. Untuk makluman, pihak penganjur telah menjemput  beberapa pengilang, ahli-ahli dari Dewan Perniagaan dan pemilik pasaraya di kawasan MPSJ.
Maklumat lanjut boleh berhubung terus dengan Unit Pelaburan, MPSJ di talian 03-8026 7478 / 7479,  email : sharifah@mpsj.gov.my atau Pejabat Y.B Teresa Kok di talian 03-5544 7311, email : mandyooi@selangor.gov.my

Posted on July 15, 2011, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Comments are closed.

%d bloggers like this: