Apa ada dengan UMNO, BN?

26 JUN – Apabila PAS laksanakan usaha negara berkebajikan, UMNO kata ia sudah lama amal konsep itu.

Apabila PKR laksanakan usaha reformasi, UMNO kata ia sudah ada transformasi.

Apabila DAP laksanakan amalan cekap, akauntabel dan telus (CAT), UMNO tak kata apa-apa kecuali menyumpah seranah DAP.

Apabila Pakatan Rakyat lahirkan Buku Jingga, UMNO keluarkan video seks.

UMNO dan Barisan Nasional berkuasa sejak zaman Perikatan, sejak sebelum Merdeka apabila dipupuk oleh penjajah British untuk dilatih mentadbir negara pada 1955.

Sejak Merdeka hingga sekarang, daripada politik kaum kepada perkauman yang didominasi UMNO, pemerintahan BN semakin menutup ruang kebebasan, demokrasi dan peluang-peluang yang adil.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukan malaikat tetapi berbanding apa yang ada sekarang, tidak ada salahnya melihat Allahyarham sebagai seorang pemimpin konservatif yang adil dan demokrat.

Tun Abdul Razak Hussein bukan demokrat tetapi berbanding apa yang ada sekarang, tidak ada salahnya melihat Allahyarham sebagai seorang pemimpin konservatif yang berjiwa rakyat dan bersifat kolektif.

Tun Hussein Onn bukan bersifat kolektif tetapi berbanding apa yang ada sekarang, tidak adas alahnya melihat Allahyarham sebagai seorang pemimpin konservatif yang agak tulus dan bersih.

Bermula dari zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, walau ada sedikit jasanya, lebih banyak kebejatannya.Semakin lenyap sifat-sifat terbuka, intelek dan daya kreatif. Slogan Malaysia Boleh melahirkan masyarakat mediocre atau “lebih kurang”; rupa ada, gayaa da, isi tiada.

Pakatan Rakyat sedar masalah besar ini.Oleh itu, dilaksana reformasi, dilaksana amalan CAT, dilaksana usaha negara berkebajikan.Semua untuk kepentingan rakyat.

Apa pemimpin UMNO buat?

  • Lancar slogan 1Malaysia, janji untuk dahulukan rakyat, utamakan pencapaian. Tak mengapa kalau “rakyat” itu bermaksud gergasi korporat kroni UMNO dan BN;
  • Lancar janji NEM, GTP, ETP, NKRA, KPI; kemudian tarik subsidi petrol, diesel dan gas, tarik subsidi gula, tapi kekalkan subsidi korporat seperti syarikat penjana kuasa bebas (IPP);
  • Pujuk PAS keluar Pakatan, pujuk PAS bersatu dengan UMNO, dan pada masa yang sama kutuk DAP, PKR dan Anwar Ibrahim;
  • Tohmah Pakatan, kutuk usaha-usaha kebaikan dan kebajikan rakyat yang dibuat oleh Pakatan dan fitnah pemimpin-pemimpin Pakatan. Dan keluarkan video seks.

Apa ada dengan UMNO dan BN?

UMNO dan BN hanya ada video seks dan Utusan Malaysia.

Dan kini UMNO, BN mahu tunjuk angkuh dan bongkak dengan melanggar Perlembagaan Persekutuan untuk mengharamkan perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julaiini yang dengan jelas dibenarkan oleh undang-undang tubuh negara. – Roketkini.com

http://roketkini.com/2011/06/26/apa-ada-dengan-umno-bn/

Posted on June 28, 2011, in Happenings. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Comments are closed.

%d bloggers like this: