Daily Archives: June 24, 2011

Tiga pengedar video lucah didenda RM5,500 sahaja

24 JUN – Tiga lelaki termasuk seorang tokoh UMNO Tan Sri Rahim Thamby Chik didenda sejumlah RM5,500 oleh mahkamah majistret Kuala Lumpur hari ini atas kesalahan mengedar video lucah.

Mereka mengaku bersalah menayangkan video aksi seks yang mana dalam klip itu seorang pelakonnya dikatakan mirip wajah Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada sekumpulan wartawan kira-kira tiga bulan lalu.

Ketiga-tiga mereka adalah Rahim yang juga Pengerusi Risda serta bekas Ketua Menteri Melaka; ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim yang juga bekas ketua bahagian UMNO Sungai Petani. Read the rest of this entry

Advertisements