Daily Archives: June 19, 2011

Pakatan jujur angkat martabat wanita

17 JUN – Diam-diam ubi berisi. Di sebalik kecaman dan kutukan UMNO-Barisan Nasional, Pakatan Rakyat telah banyak berjasa kepada rakyat, terutamanya dalam usaha mengangkat martabat wanita.

Selama 50 tahun di bawah pimpinan UMNO-BN di peringkat negeri, tidak pernah langsung wanita diiktiraf untuk memegang jawatan penting seperti Yang Dipertua majlis daerah, majlis perbandaran atau dewan bandaraya.

Semalam, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengumumkan pelantikan Noraini Roslan, wanita pertama dalam negeri tersebut, sebagai Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor.

Pelantikan Noraini sebagai YDP yang berkuatkuasa 1 Julai depan adalah yang ketiga dalam sejarah Malaysia selepas kerajaan Pakatan Pulau Pinang berbuat demikian. Read the rest of this entry

Advertisements